Sejak dari kandungan ibu lagi..dah ditetapkan 4 perkara kepada seseorang insan itu,,rezeki, umur, amalan dan bertuah atau sebaliknya. Dan teringat kata-kata sorg ustaz dulu..pada seseorang insan, antara rezeki dan ajal saling berkait. Jika habis/ tamat rezeki yg telah Allah S.W.T tetapkan padanya, maka akan tamatlah hayatnya. Begitu juga sebaliknya, dgn tamatnya hayat seseorang, bererti terhentilah rezeki yg telah Allah tetapkan padanya. Tak semua orang punyai rezeki yg serupa, samaada dari kemewahan yang melimpah ruah atau dari sebarang bentuk apa pn rezeki tu.
"waa..memang rezeki dia la..bestnyeeee,,"
Mcm pnh dgr dialog ni kan..=).. Ada yg seakan- akan rezeki begitu tertarik pada seseorang tu tanpa bersusah payah dan ada mereka yg berusaha keras untuk mencari rezeki itu. Dan aku..?? didalam golongan yg mana..?? Hanya Allah S.W.T yg mengetahui,,dan aku yg merasa..^_^..
Kadang- kadang, apa yg kita harapkan, apa yg kita usahakan, apa yg kita mahu perlu dibayar dgn segala rasa yg terpendam..sedih, happy, suam- suam and maybe sometime is out of our control kan..=)..dalam konteks rezeki itu sendiri, sesungguhnya kita sebagai hamba Allah harus berusaha, berusaha dan terus berusaha mencari rezeki..dan tiba- tiba terlintas dihati ni pengorbanan ayah dan mak..=)..ayah yg tak pernah mengeluh membanting tulang untuk anak-anak nye ni..yg tak pernah mhampakan permintaan anak-anaknye yg nakal..walaupun kadang- kadang terpaksa ketepikan kepentingan diri sendiri n sembunyikan tangisan yang tak pernah dipamerkan di depan kami,,sedangkan kami tahu ape yg ayah rase kan..dan mak..insan yg slalu jadi pemangkin semangat ayh tiap kali ujian dtg..love both of u so much...=)
Dan yg pasti, tanpa kita sedar, Allah telah bagi bermacam -macam bentuk rezeki kepada kita, dan bukannya dari bentuk material semata- mata..mungkin dari segi lain..keluarga yang bahagia, tubuh badan yang sihat dan sempurna, kawan- kawan yg sangat sporting n understanding(k.zira, k.fida, k.ija, k.su=( ..rindu sgt2)..anak- anak buah yg sgt2 mjadi pengecoh keadaan..hehehe..syukur alhamdulillah..
syukur itu amat mulia..pupuklah perasaan syukur dalam diri kita dgn nikmat yang telah Allah anugerahkan walau sekecil-kecil nikmat yg kita rasa..dgn adanya sifat bersyukur, kita merasa hidupnya bertuhan, supaya kita sedar dan beringat, tiada yang lebih berkuasa dan pemurah selain dari Allah S.W.T..dan aku, aku takut jika aku menjadi hamba yang tidak bersyukur lantaran ujian- ujian yang menimpaku..dgn itu Ya Allah..Kau pelihara lah hati ku agar tidak berpaling dariMu..
Dan seharusnya, sebagai hamba Allah yang lemah lagi terbatas sifatnya..hanya pada Allah kita memohon supaya dikurniakan rezeki yg halal dan berkat..dan bermulanya rezeki yg halal dan berkat, moga dikurniakan kita kehidupan yg direhai dan keturunan yg soleh dan solehah..amin..
Firman Allah bmaksud, " Tahukah kamu bahawa sesungguhnya Allah telah
memudahkan untuk kamu apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi
dan telah sempurnakan buat kamu nikmat- nikmat yang nampak mahupun yang tidak nampak."
(Luqman : 20)
"Aku tidak menghendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan Aku tidak menghendaki agar mereka
memberi makan kepada-Ku. Sungguh Allah, Dia lah Pemberi rezeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat kukuh."
(Adz- Dzariyat : 57 & 58)
~ tolong ingatkan aku~ ^_^

No comments:
Post a Comment