Tuesday, August 28, 2012

Biarkan ia pergi..^_^

Dngan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Dan siapa kita utk berada di dlm perhubungan mereka yg dahulu nye pnh mjadi sejarah..Allah..tersentap ketika hakikat itu dtg mnguji..mungkin ini yg terbaik wlaupn ianye bkn seperti apa yg  kita inginkan..kebahagiaan yg sebenar bknnye dgn terus memegang sesuatu yg dipinjamkn kpd kita, tetapi dgn mengembaliknnye kpd si pemilik..dan kebahagian bg diri kita akn tiba apabila kite dikurniakan perasaan yg aman dan damai tatkala disamping hamba yg disayangi oleh Pemiliknya..InsyaAllah..:)









✿ Kadang-kadang dalam HIDUP.....
ada masa dimana kita merasa sedih dan sendiri.
Kala masa itu tiba, menangislah hingga tertidur agar ketika esok kita terbangun, kita tahu bahawa semua yg kita rasakan hanya sekadar MIMPI.....

✿ Kerana kenyataannya di dunia ini kita tidak sendiri, masih ramai lagi yang menyayangi diri kita.

✿ Hanya Allah menggilirnya untuk datang dan pergi agar kita tidak pernah benar-benar 'sendirian'.

*Tapi ketika tidak ada sesiapapun di sisi kita, mungkin Allah sedang ingin berdua dengan kita, sebelum kekasih lain menghampiri kita.....♥♥♥

[bersangkabaikdenganALLAHsentiasa]

Wallahu a'lam



























Sunday, September 4, 2011

La tahzan ukhti..

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah..
Setelah sekian lama menyepi kn diri, dgn bbekalkan kekuatan dan kesihatan yang dikurniakan Allah S.W.T, diri ini bpeluang lagi berkongsi cerita dan pengalaman.

Beberapa bulan yang lepas, kehidupan di lalui di negeri yg lain, dan sekarang, Alhamdulillah..rezeki yang Allah kurniakan memerlukan pengorbanan untuk merantau sekali lagi..InsyaAllah, semoga semuanya dipermudahkan.
.
Ada kalanya, terfikir sejenak dengan peredaran masa yang pantas berlalu, dari hari bganti hari, tanpa kita sedar kita sedang menempuh fasa- fasa kehidupan yang pastinya seiring dengan peningkatan usia dan sesuatu yang tak kan mungkin kita peroleh kembali..iaitu masa yang telah berlalu..

Sungguh, hati ini terpanggil untuk menulis pada kali ini khususnya untuk insan- insan kesayanganku di luar sana..tidak kira untuk kakak-kakakku mahupun sahabat- sahabatku yang seringku doakan agar menjadi srikandi solehah dunia akhirat,

Pilu hati kadang kala mendengar rintihan seorang yang sangat ku sayangi. Bukan kerana pengaruh kedukaan yang sedang ku hadapi sekarang, tetapi pilu kerana ku tidak sanggup bahkan tidak mahu mendengar insan yang ku sayang itu merintih pilu, alangkah pedihnya hati ini, tersayat jiwa, walaupun rintihan itu kedengaran dalam kesamaran. Ku tidak mahu kamu merasakan apa ang ku rasakan. Walaupun pada hakikatnya itulah fitrah manusia. Tetapi entah kenapa, andai dapat ku ringankan beban itu, ingin sekali aku memikulnya walaupun hati ini sendiri merintih duka

La tahzan sayangku.. Ingin sekali ku berkongsi dengan apa yang ku rasakan ini. Ketenangan yang sangat indah buat diriku setelah pahit yang terpaksa ku telan. Berhentilah menangis untuk segala sesuatu yang menyakitkan kita. Janganlah tangisan itu membuatkan kita jauh dari Allah S.W.T. Dan janganlah tangisan itu melemahkan semangat dan keimanan kita. Jadikan segala itu sebagai batu loncatan untuk kita mendapatkan keredhaan Allah. Biarpun ada ketikanya dulu, kita sering kali lupa, lalai dan hanyut dengan keseronokan duniawi. Ingatlah, Allah sentiasa ada bersama kita. Berpegang teguhlah semula pada tali Allah. Rebutlah kasih sayang Nya yang sering kali melebihi kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Yakinlah dengan janji- janji Allah.

Mohonlah pada Allah agar dipermudahkan segalanya. Pandanglah ke depan, kerana disitu terbentang jalan yang luas untuk direntasi..
Ketika wajah ini penat memikirkan dunia, maka berwuduklah,
Ketika tangan ini letih menggapai cita- cita, maka bertakbirlah,
Ketika bahu tak terdaya memikul amanah, maka bersujudlah,
Ikhlaskan semuanya dan dekatkan diri pada Allah S.W.T,
Agar kita tunduk dissat orang lain angkuh,
Agar kita teguh, disaat orang lain runtuh,
Agar kita tegar, di saat orang lain terlempar,
Bersihkan dosa- dosa kita di dalam buku lama dengan doa dan ayat- ayat suci,
Semoga diri kita, kehidupan kita diredhai Allah S.W.T..amin..
ayuh..bangunlah bersamaku, jadilah penyokong untuk sesama kita.


Wahai Tuhan tempat mengadu
orang yang dilanda kesedihan dan kecemasan
Engkaulah yang mempersiapkan
segala sesuatu yang akan terjadi


Musa a.s berkata. "Ya Tuhanku, ajarilah daku sesuatu doa
agar aku dapat berdoa dan bermunajat kepadaMu."
Allah berfirman : "Wahai Musa, katakanlah "Laa Illaha Illallah"
(Tiada Tuhan yang berhak disembah, selain Allah).
Musa berkata: "Semua orang mengucapkan Laa Illaha Illallah."
Allah berfirman: "Wahai Musa, seandainya tujuh lapis langit
dan tujuh lapis bumi dalam suatu sisi timbangan, sedang
sisi yang lain terdapat kalimah Laa Illaha Illallah, nescaya
yang ada kalimah Laa Illaha Illallah akan lebih berat."

Kebahagiaan orang yang beriman adalah dengan mencintai Allah. Cinta
kepada Allah adalah kebahagiaan yang dasarnya lebih dalam dari setiap sesuatu
yang dalam. Hanya mereka yang bersungguh- sungguh berimanlah yang dapat
merasakannya. Dan, perasaan itu tidak boleh digantikan..

Laa Illaha Illalllah Muhammad Rasulullah



Thursday, April 21, 2011

Hijrah

Kehidupan bagaikan satu perjuangan pada manusia. Dari sebesar telapak tangan, masa demi masa membuatkan seorang hamba membesar bersama pengalaman dan cara hidup yang berbeza- beza.
Terkenang dan berfikir tatkala proses pembesaran itu berlaku dalam hidup. Si anak kecil yang pada awalnya bergantung pada ibu bapa hingga kan takut untuk berpisah dari mereka hanya kerana mereka sahaja individu yang dipercayai dalam hidup mereka tatkala itu. Perasaan selesa dan selamat jika disamping. Dan proses pembesaran berlanjutan dengan zaman remaja. Satu proses yang sangat mencabar.

Dan sungguh ku akui, terlalu mencabar. Tempoh bagi mencari identiti diri. Tempoh bagi menentukan hala tuju hidup. Dan kehidupan remaja selalunya memberi peluang pada seseorang itu untuk meluaskan persahabatan dan perkenalan. Bertambahnya individu yang menjadi kepercayaan selain ibu bapa. Namun, itulah ujiannya. Semakin kita mengenali manusia semakin terlalu rumit untuk difahami. Apakah tujuan sebenar kehidupan ini. Adakah dengan bermulanya nafas kita, semakin kukuhnya kita bertapak dan melangkah, semakin luasnya pengetahuan, semakin bertambahnya umur, semakin kita mengerti keperluan kehidupan duniawi, sudah mencukupi untuk kita? Sebagai bekalan untuk kehidupan kita di dunia yang pastinya kekal untuk kita. Sudah cukupkah kita memahami erti kehidupan dan sebab kita diberi peluang untuk bernafas di muka bumi Allah Yang Pengasih ini.

Setelah hampir 22 tahun merasai nikmat hidup di dunia ini, bermacam- macam peristiwa dan pengajaran yang diperolehi, dan dengan sisa- sisa usia yang tidak ku tahu bila akan berakhir, ku harap apa yang hadir dalam hati ini terus tersabat hingga mampu sebati dan berterusan hingga sampai waktunya ajal menjemput.

Terima kasih pada mereka yang menjadi pendorong dan semangat ku. Dan terima kasih pada sahabat2 yang sudah terlalu banyak mengingatkan, menyedarkan bahkan menjadi guru dalam mendidik jiwa ini. Dari seorang gadis yang pada awalnya hanya Islam pada budaya, dan sungguh, tiada kebetulan dalam Islam. Alhamdulillah dipertemukan dengan kamu. Mungkin pada hakikatnya kamu menjadi perantara untuk menunjukkan hamba Allah ini bahawa Islam itu adalah cara hidup. Perbuatan, pekerjaan, cara kita bersosial, cara kita berkawan, cara kita memimpin, dan semuanya dekat dengan kita. Namun, tiada apa pun yang mampu mengubah syariat. Kesedaran indahnya Islam dalam hati kita mendorong kita berhijrah biarpun sepahit keputusan yang harus dibuat. Penghijrahan itu berlaku dengan adanya perasaan insaf semata- mata untuk mencari Allah semula biarpun pada hakikatnya Allah tidak pernah melupakan kita,membiarkan kita, tetapi kitalah yang selalu menjauhkan diri dariNya, dan untuk itu, kita sanggup tinggalkan apa jua perkara dalam kehidupan yang menyebabkan kita jauh dari Allah. Sungguh, ku akur dengan takdir ini. Dan janji Allah itu pasti, seandainya telah tercatat namamu di Luh Mahfuz untukku, insyaAllah macam mana keadaan sekalipun, Allah ada jalan dan cara tersendiri untuk mengaturkan segalanya. Ku buka sangkar hati dan membebaskan kamu ke mana sahaja hingga lah satu hari nanti kamu akan pulang semula ke sangkar hati yang selayaknya untukmu. Jika ianya bukan ku, aku pasti dialah yang terbaik untukmu. Dan dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, begitu juga aku, masih banyak yang harus dipelajari, masih banyak perkara yang perlu dilakukan untuk memantapkan diriku, imanku, akhlakku. Insan yang dapat mebimbingku ke jalan yang diredhai Allah adalah impianku. Alangkah sia- sianya usaha ku jika aku berusaha untuk MENCARI insan itu, sedangkan diriku tidak berusaha untuk MENJADI yang sesuai untuknya. Dengan itu, izinkan ku wahai para mujahid untuk mempersiapkan diriku sehingga tiba masanya.

Semoga penghijrahanku ini membuka ruang untukku memperbetulkan apa yang kurang, memberiku kesempatan untuk berbakti, memberiku semangat untuk beribadah. Namun, kekhuatiranku kadang kala menyapa. Kerana yang pasti, di akhirat kelak, saat untuk perhitungan amal bermula, semua manusia akan sibuk dengan urusan sendiri, ibu akan melupakan anaknya, suami akan melupakan si isteri. Begitulah keadaan nya manusia kelak, aku khuatir nikmat yang Allah limpahkan didunia ini boleh menyebabkan mereka yang ku sayang terleka. Terleka dan terlupa dengan kehidupan di dunia yang kekal abadi itu. Dan sungguh, bila teringatkan tentang itu, aku berharap dipertemukan dengan semua insan yang ku sayang disyurga. Tetapi, deras air mata mengalir jika ditakdirkan ada diantara mereka yang tiada disitu. Takut dengan bayangan azab yang bermain di fikiran. Ya Allah, jauhilah kami dari azabMu yang pedih itu Ya Allah. Campakkanlah di hati- hati kami untuk mentaati dan menyintai Mu. Janganlah Kau biarkan ujianMu dan kesedihan yang menimpa hati kami sebagai penyebab lemahnya iman dan semangat kami.

Syukur pada Mu Ya Allah, dengan berkat keredhaanMu, aku masih mampu tersenyum dan tabah untuk semua ini. Aku rindu untuk bertemu dengan Mu, aku rindu untuk berbicara dengan Mu setiap hari, aku selamat dan tenang ketika sujudku menghampirkan ku dengan Mu. Aku menjadi hiba tatkala terkenangkan sering kali aku alpa tatkal imanku diuji.

Dan lebih sedih lagi dahulunya, aku tidak dapat merasai kasih sayang Rasulullah terhadap umat- umatnya. Sedangkan segala usaha dan pengorbanan yang dilakukan baginda adalah untuk kesejahteraan dan keamanan manusia. Tatkala membaca sirah rasulullah bukan hanya sekadar fakta yang diperolehi, bahkan lebih dari itu, penceritaan yang sangat menyentuh jiwa manusia. Kasih sayang baginda pada umatnya mengatasi segala kepahitan dan sengsara yang dipikul, dan baginda sangat- sangat merindui umatnya yang tidak pernah dijumpai..hingga kan ke akhir nafas baginda, tidak berhenti- henti menyebut, umatti, umatti, umatti..namun,,kita pada saat ini, dapatkah menandingi perasaan rindu dan sayang itu kepada baginda? Subhanallah..Ku mohon Ya Allah, tetapkanlah hatiku ini, semoga perjuangan ku ini tak terhenti di sini, ikhlaskan lah hatiku untuk segalanya. Amin

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi." -ayat 8, surah Al- Imran






Thursday, March 31, 2011

Ukhuwah




Aku ingin kita sepemaaf Yusuf a.s
Tetap mencintai dan menolong saudaranya
Walaupun pernah dihumban ke perigi tua
Terpisah dari ayahanda bertahun lamanya

Aku ingin pusara lita harum mewangi
Bagai harumnya pusara Masyitah
Semerbak kasturi
Kerana hebatnya iman
Mempertahankan syahadah di keliling kekufuran








"Siapa yg msuk syurga akn senang terus tanpa ada sushnya lagi. Pakaiannya tidk rosk dan
kemudaannnya tetap awet. Di dlm syurga itu berada hal-hal yg blum prnh dpndang mata,
belum prnh didengar telinga, bahkan tak prnah dikhayalkan
dalam hati manusia."
(riwayat Muslim drpd Abu Hurairah r.a)


"Ya Allah
Tatkala bahang MasharMu menjilat tubuh,
Izinkan kami sama-sama berteduh,
Tatkala mizanMu teliti mengira
Beratkan neracanya atas setiap jasa
Naungi kami disana
Berkat kasih keranaMu semata
Andai kulayak ke syurga
Kupinta dia bersama.







Teruja aku pada kata- kata
Imam al- Ghazali yang mulia

"Ukhuwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya didalam doanya."

Kuharapkan mekar dihati
agar persahabatan suci ini
kan terus mantap menjadi syafaat
terukir indah di pintu Jannah









Tika air mataku berguguran
Kau turut kepiluan
Tika senyumku tak lekang
Kau ceria berpanjangan
Jika kesedihan bertamu
Kau hiburkan semampumu
Tika lemah menyapa
Kau ingatkan janji Nya
Tika kejayaanku tercipta
Kau doakan redhaNya bersama





Duhai teman sejatiku....
Buatmu, cebisan istimewa ini kunukilan
Tanda persahabatan berpintal iman
Lantaran tak dapat kusembunyi apa yg melingkar dihati..
Kasihku padamu tidak terperi
terhampar luas tak bertepi



Wednesday, March 30, 2011

Jangan Ditangisi Apa yang Bukan Milikmu | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Jangan Ditangisi Apa yang Bukan Milikmu | iluvislam.com + discover the beauty of islam


Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)

Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

- Artikel iluvislam.com

Saturday, March 19, 2011

pasrah segalanya..


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Sungguh..di kala dan saat ini, terlalu hebat dugaan ini..dan sungguh, hanya kerana Allah aku terima semuanya..bermula dari bermacam- macam dugaan yang datang, di warnai dengan berbagai- bagai rasa yang terpaksa ditelan..

Kadang kala apa yang kita tak ingini itulah selalunya yang terjadi..dan di atas segala pengalaman yang di tempuh membuatkan ku matang dengan keadaan sekeliling ku..cukup terhiris, cukup terpukul, namun dengan semangat yang ada, aku cuba bgun dengan 1001 harapan..harapan agar hari- hari yang mendatang adalah lebih baik dari semalam..






kenapa aku? eh bukan, kenapa bukan aku?

Dan aku tidak mahu dengan adanya musibah yang melanda ku ini menjadi alasan untukku menidakkan takdir Allah..ku usahakan diri mencari dan memahami erti redha di atas segala ketentuanNya. Biasanya bila ditimpa masalah, kita akan bertanya,"Kenapa aku?". Dan yang pasti soalan itu sudah pun ada jawapan nya tetapi kadang kala tidak kita hiraukan. "....Allah tidak memberatkan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.." ..dan dengan itu, aku pasti, aku layak untuk menerima ujian ini. Aku ingin menjadi hambaNya yang hebat..jika hebat ujian yang diturunkan kepadaku, itu bermakna aku hebat, dan jika ringan ujiannya, bermakna aku masih di tahap yang rendah.

Masalah adalah tanda kasih sayangNya

Setiap kali menghadapi masalah, adalah masa- masa Allah merindui suara rintihan kita. Berdoa, meminta dariNya, mengadu padaNya. Orang yang sering dilanda masalah ialah orang yang paling dikasihi Allah, kerana Allah sering merindui suaranya. Dan aku masih memburu redha Illahi.

Ya Allah,,kurniaknlah aku cinta-Mu, kurniaknlah kepadaku cinta orang yang melabuhkan cintanya kepada-Mu, dan kurniaknlah aku cinta apa sahaja yg menghampirkanku kepadaMu, moga cintaMu lebih aku dambakn dari seteguk air.
Ya Allah, tanamkan lah di hatiku perasaan sayang,cinta dan rindu kepadaMu

Masih segar di ingatan kata semangat ini "kelemahan bukan untuk dirintihkan, tapi satu peluang keemasan untuk saling melengkapkan".. ingatan dari sahabat mengenai mahfum sabda junjungan:

"Jika Allah mencintai sesuatu kaum, Dia akan mengujinya. Sesiapa yang redha dengan Allah,
Allah redha dengannya."

Subhanallah..alangkah indahnya nikmat perasaan yang dekat dengan al- Rahman



Allah berfirman:
"Katakanlah (wahai Muhammad) : Harta benda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah
sedikit sahaja, (dan akhirnya akan lenyap), dan balasan hari akhirat itu lebih baik
bagi orang- orang yang bertakwa (kerana ia lebih mewah dan kekal selama- lamanya."
( surah al- Nisa' : 77)

Rasulullah s.a.w bersabda: setiap muslim yang ditimpa musibah, kesedihan, kesusahan, gangguan atau cedera sekalipun tertusuk duri,
pasti Allah menjadikan semua itu sebagai penebus atas dosa- dosanya..
(riwayat bukhari dan muslim)

Dan dengan tulus hati, dengan keyakinan pada Allah SWT, dengan mempercayai takdirNya untuk ku, , sungguh,,aku lepaskannya pergi..sungguh aku memaafkan segalanya biarpun sejauh mana kebenaran itu hanya Allah SWT yang mengetahui..dan semoga Allah pinjamkan ku kekuatan dan dikurniakan kesabaran dalam menghadapi segala ketentuanNya..kerana aku yakin Allah sentiasa bersama ku..


Tiada suatu bencana pun yang menimpa dibumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesngguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gmbira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)


Katakanlah(Muhamamad)," Tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah pelindung kami, dan hanya kepada Allah bertawakal lah orang- orang yang beriman." (surah at-Taubah, ayt 51)



~ tolong ingatkan aq^_^~

Thursday, March 3, 2011

FuLL HouSe..


Korean drama dan novel..^_^..agk susah nk kikis kegemaran yang satu ni, kalau mengadap novel mesti ada feeling2, touching..kalau tgh sedih memang boleh mengalir air mata, klu tgh happy tibe2 tgelak..smpaikan roomate( k.fida n k.zira) tegur.."die da mula da..da mula pnyakit die dtg da..">_<..huhu..rindu ngan perlian n usikan kakanda bdua, =p

Hurmm..kalau korean drama mesti ramai yang bukak mata bila crite winter sonata bagi impak yg sangat2 besar pada mereka- meraka yg suka pada jalan crite nye. And then drama autumn in my heart pastu diikuti crite2 korea yg len..Mungkin lama- lama tabiat tu da jadi kegemaran,bagi la ape2 pun crite korea..confirm melekat depan TV..=)..tbe2 teringat, pernah bkongsi minat n kegemaran ni dgn someone dlu..urm..tinggal kenangan sudah..=(

Dalam banyak- banyak drama korea tu, one of my fav drama- Full House - cukup adunan nye..hehe..i love the song, the character, the unique story..bermula bila Lee Young Jae tawarkan bkahwin kontrak dgn Han Ji Eun..gara2 Lee Young Jae frust bila ppuan yang die suka taruh hati dgn kawan baik sndiri.. dan Han Ji Eun terima tawaran tu untuk dapatkan blik Full House yg dibina oleh mendiang ayh n ibunya..tapi yg malangnya Full House dijual oleh dua org kawan baik Han Ji Eun ( baik ke???hehe) dsebabkan terbelit dgn hutang..dan kebetulan dibeli Lee Young Jae yg sebelumnya da jadi mcm2 insiden yg menyakitkan aty antara die dgn Han Ji Eun..

Bmula kisah diaorang sbg suami isteri kontrak..mcm2 yang jadi..Han Ji eun yang diupah sbg pembntu rumah oleh suami sendiri..tapi..apa yang sangat sronok crite ni bila mesej yg cuba disampaikan..ksih syg antra suami istri, keluarga, kawan2 disamping ujian2 yg kdg2 mengundang kesedihan, terutama pada Han Ji Eun..Bila da lme dduk satu bumbung, slalu bgduh, x disngka2 wujud prasaan syg kt aty msing2..awl crite sgt2 geram dgn perangai Lee Young Jae yg suka marah2, mperlekehkan Han Ji Eun, dan paling x best dia seakan-akan x menghargai Han Ji Eun..

Hurm..nobody is perfect rite..Lee Young Jae kelulusan seorg doktor, tapi pilih utk jadi artis,,dan semestinya popular mengejar dia..Han Ji Eun cme ppuan yg pda dsr nye is nothing..sekadar bkelulusn sek tinggi, xde parents, cme bakat dan minat nye tinggi dlm bidang penulisan..kalau nak keluar sama2 pun kena sorok2, hurm..tapi tu la..Han Ji Eun jugk yg slalu berendam air mata..sbb ape?? sbb die sygkan Lee Young Jae..tp Lee Young Jae xreti hargai die..perkara yg pling menyakitkan pada wanita bila org yg die syg x reti mcm mana nk hargai die..

Dan Lee Young Jae, bila mcm2 bnda yg jadi, bila Han Ji Eun seakan2 penat utk mharap..die hmpir2 khilangan Han Ji Eun..btol apa yg dikatakan..kita xkan rase kesakitan tu sampai la satu masa bila kita kehilangan nye bru kita akn sedar, and thats time wheter we still hve a chance or not, its depends on our fate..

dan Lee Young Jae terima nsib yg baik..masih bpeluang ada di hati Han Ji Eun..pelikkan..Han Ji Eun yg xde apa2, x bpelajaran tinggi, cukup sederhana..tapi yg pasti Lee Young Jae sygkn nye sbb dia adalah dia..Lee Young Jae terima dan belajar memahami kekurangan dan kelemahan Han Ji Eun. Happy ending....

Mesej drama..penghargaan, pengorbanan, ksih syg..sejauh mana kita menghargai, berkorban dan syg pda org sekeliling kita?? kadang- kadang kita terleka dgn kesibukan kerja, hidupan harian sampaikan kita x sedar ada hati yg terluka dgn sifat sambil lewa dan ambil mudah kita..saban hari, org yang menyayangi diri kita tu tertunggu2 khabar dari kita, mungkin hanya sekadar mendengar suara dan bertanya khabar sudh cukup bererti pda insan2 itu, hurm...tapi hati manusia, susah kita nak tafsirkan..dan takut kalau2 perasaan salah sangka mahupun berprasangka buruk tu muncul dalam diri..

"Jauhilah kamu daripada berprasangka buruk kerana prasangka buruk itu adalah percakapan yang paling dusta."
(riwayat al- Bukhary, Muslim, Malik, Abu Daud dan al- Tarmizi drpd Abu Hurairah r.a)

Dan dalam Islam itu sendiri sntiasa menyuburkan perasaan kasih sayang. Rasulullah SAW diutus oleh Allah SWT utk mengubah fenomena kekerasan dgn kasih sayang. Mengubah kebencian dgn kasih syg dan peperangan dgn pdamaian..dan aku sendiri, x berupaya utk menidakkan kasih syg sesama mnusia biarpun pernah hati ni disakiti..biarpun sepahit2 peristiwa yg aku alami..dan dgn izin Allah,,aku ingin mencontohi sifat pemaaf dan penyayang Rasulullah SAW..insyaAllah..

Rasulullah SAW bsabda , " Allah SWT hanya memberikan kasih sygnya kpd hamba- hambanya yg pnuh kasih."
( Riwayat at- Tabrani)

Dan di dalam satu kisah, Al-Aqra' ibn Habis At- Tamimin suatu hari melihat Rasulullah SAW mncium kedua cucunya, Hassan dan Hussain. Dia yg hairan kemudian berkata kpd Rasulullah: "Aku adalah org yang punya 10 anak. Namun, aku tidak pernah mncium seorang pun di antara mereka.

Rasulullah SAW pun menjawab; " Sesungguhnya orang yg tidk punya kasih syg tidak akn dirahmati (Allah SWT)." (riwayat Ahmad)

Kekuatan dan kebesaran yg sesungguhnya adalah jika individu itu mampu menampilkan kelembutan dan kasih syg. Kelembutan dan ksih syg mampu mnjadi kaedah ampuh dalam bdakwah dan menyelesaikan masalah, dan dakwah itu sharusnya dilakukan dgn santun dan penuh kebijaksanaan (bil hikmah) lalu didukung perkataan baik (mauizahtul hasanah) atau dgn dialog (mujadalah)

Kekerasan, ketidak ikhlasan dan ketidaksungguhan juga mampu mjadi penghalang dalam usaha utk mengubah ataupun menyedarkan seseorang itu mjadi lebih baik..hanya separuh jalan, dan kemudiannya dibiarkan tanpa bekalan yg tidk mncukupi..seakan2 perahu tanpa kemudi..mungkin payah utk seseorg berubah mjadi lebih baik tnpa sokongan dan tnjuk ajr dari org lain kan..kdg2 terleka, hurm..aku masih blajar dan akan terus blajar utk jadi lebey baik..insyaAllah..dan pada mereka2 yg bnyk menyedarkn aq, bagi nasihat, bg tnjuk ajr, thanks sgt2..phargaan,pengorbanan n ksih syg tu insyaAllah akn jadi tali pengikat ukhuwah kita..amin..

Rasulullah SAW bsabda: " Kelembutan yg ada dalam segala sesuatu akan menyeimbangkannya,
dan keburukkan dalam segala sesuatu akan memburukkannya." (riwayat muslim)

Firman Allah SWT yg bmksud," Maka disebabkan rahmat dari Allah lah kamu blaku lemah lembut thadap mereka.
Sekiranya kamu bsikap kasar, tentulah mereka mjauhkan diri dari sekelilingmu..."
(Al- Imran : 159)





~tolong ingatkan aku~ ^_^